Testimoni Jus Alwiqoyah

  • Post comments:0 Comments

“KISAH SEORANG INSAN YANG DULUNYA CERIA”

Assalamualaikum,nama diberi Mohammad Hilmi Bin Mohammad Fadli, dilahirkan pada 27/2/2002. Saya mempunyai tiga orang adik beradik dan saya merupakan anak kedua. Saya ingin berkongsi kisah hidup saya yang dulunya ceria sehingga saya diuji dengan satu ujian yang berat bagi saya. Dari saya dilahirkan sehingga saya berumur 15 Tahun (tingkatan 3) saya seorang yang ceria dan aktif bersukan dan juga pergaulan saya dengan kawan-kawan dan  keluarga seperti insan-insan lain. Dari segi pelajaran pula bermula tahun satu sehingga tingkatan dua Alhamdulillah cemerlang dan saya telah khatam al-quran. 

Di usia 15 tahun allah telah menguji saya dengan ujian yang begitu berat bagi saya dan keluarga sehinggakan saya putus harapan untuk menjalani kehidupan seperti insan-insan yang normal. Pada tahun 2017 saya disahkah menghidap penyakit Systemic Lupus Erythematous (SLE) dan Lupus Nephritis-presumed Class 4, berikutan penyakit kronik SLE, saya memerlukan rawatan yang berterusan  kerana penyakit SLE saya telah menyebabkan kerosakkan kronik pada buah pinggang saya (Lupus Nephritis). Saya memerlukan rawatan berterusan untuk mengelakkan komplikasi dari penyakit saya serta kegagalan kekal buah pinggang pada masa hadapan. 

Pada tahun 2017 juga leher saya ditebuk untuk menjalani Dialisis di HUSM selama 11 kali 3 kali seminggu selama sebulan. Pada waktu itu seluruh tubuh saya menjadi sembab dan yang paling ketara di bahagian muka, berat badan saya mendadak naik dari 40kg ke 65kg dan juga warna kulit saya menjadi gelap daripada kesan ubat yang diambil. Saya juga dimaklumkan oleh doktor bahawa penyakit SLE ini tidak akan sembuh oleh ubat dan rawatan semata-mata melainkan keajaiban dari Allah s.w.t. 

Apabila mendengar penjelasan daripada doktor bagaikan hilang rasa ingin meneruskan hidup, setiap keindahan di dunia ini rasakan tiada nilai bagi diri saya, Tuhan sahaja yang tahu. Apabila saya melihat kawan-kawan yang datang melawat saya dengan berpakaian yang kemas dan kegembiraan kawan-kawan membuatkan hati saya hancur sedangkan saya hanya terlantar di Hospital. Zaman remaja saya berlalu dengan keperitan penyakit yang allah berikan tetapi saya terus sabar dan berdoa serta yakin bahawa setiap kepahitan dipenghujungnya nanti pasti akan ada kemanisan begitu juga dengan cita-cita saya selama ini terkubur begitu sahaja.

Keluarga saya, kawan-kawan dan orang sekeliling saya yang menjadi penguat semangat saya terutama sekali abah dan umi saya, mereka selalu memberi kata-kata yang boleh membuatkan hati saya tenang supaya saya dapat meneruskan hidup sampai ke hari ini. Pada bulan April 2019 saya diuji sekali lagi dengan ujian yang sangat dasyat dan saya tidak sanggup untuk laluinya kerana peha sebelah kanan saya telah naik sejenis bisul yang mempunyai 6biji mata, pada awalnya saya fikir bisul itu hanyalah bisul biasa tetapi makin hari makin merebak disebabkan penyakit SLE saya. 

Sekali lagi saya dimasukkan di HUSM kubang kerian,Kelantan, apabila saya berada di dalam wad sementara doktor pakar kulit dan pakar tulang memberi tahu bahawasanya bisul ini bahaya kerana hampir seluruh peha saya ini dijangkiti kuman. Doktor memberi tahu supaya segerakan operation supaya kuman tadi tidak merebak sampai ke otak. Sekali lagi leher saya ditebuk untuk menjalani proses dialisis kerana urea saya pada masa itu sangat tinggi selepas menjalani dialisis pula saya diarahkan oleh doktor  supaya berpuasa untuk menjalankan operation. 

Sebelum operation dilakukan doktor telah memberi tahu kepada saya bahawa kedua-dua buah pinggang saya telah rosak akibat daripada kuman tersebut dan doktor juga memberi tahu jika kuman merebak ke tulang peha, peha saya akan dipotong. Saya juga telah diberitahu oleh doktor bahawa pembedahan ini akan berjalan selama 12jam. Apabila saya mendengar  semua penjelasan daripada doktor saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada allah sahaja dan saat-saat yang saya paling takuti telahpun tiba, umi dan abah telah menemani saya sampai ke pintu bilik bedah dan pada waktu itu hanya air mata dan doa yang mengiringi saya. 

Setelah 4jam, pembedahan saya telah selesai dan saya diletakkan di bilik rehat setelah itu saya dipindahkan ke tingkat 8, pada waktu itu saya masih tidak tahu pembedahan ini sebesar mana yang doktor lakukan. Keesokan harinya doktor memberitahu akan membuka balutan peha saya yang telah dibedah dan doktor juga memberitahu bahawa luka ini sangat besar, pada mulanya saya fikir sebesar tapak tangan sahaja rupanya isi peha saya dibuang lebih kurang 2kg atau separuh peha sehinggakan umi saya terduduk dan abah saya mengeluarkan air mata selepas melihat peha saya tadi dan pada masa itu saya meraung seperti orang hilang akal.

Tetapi disebalik kesedihan itu terselit berita gembira, doktor memberitahu kedua-dua buah pinggang saya kembali normal dan saya juga tidak perlu menjalankan dialisis lagi, ini juga suatu keajaiban daripada allah kepada saya dan merupakan satu ujian juga buat saya dan keluarga kerana terpaksa berpuasa di Hospital dan keluarga saya kena ulang alik setiap hari dari rumah ke Hospital untuk menemani saya. 

Proses untuk tumbuh isi daripada peha saya mengambil masa  selama 3 minggu. Sekali lagi saya melakukan pembedahan untuk mengambil kulit peha kiri saya dan ditampal ke peha kanan saya, pembedahan itu mengambil masa lebih kurang 3jam dan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Seminggu  sebelum raya saya dibenarkan untuk pulang ke rumah tetapi selepas hari raya itu saya perlu ke Hospital setiap minggu untuk temujanji. 

Di samping itu, saya juga telah mengambil beberapa jenis supliment tetapi keputusan yang saya dapat itu tidak begitu berkesan sehingga saya menemukan JUS AL-WIQAYAH  dan apabila saya mengamalkan JUS AL-WIQAYAH ini keputusan setiap temujanji ada perubahan yang baik bagi buah pinggang saya  iaitu creat, urea dan darah tinggi. Temujanji saya daripada seminggu sekali kepada dua minggu sekali dan sekarang Alhamdulillah 2 bulan sekali, sehingga kini saya masih mengamalkan JUS AL-WIQAYAH tetapi ubat Hospital saya tidak pernah tinggal. 

Terima kasih kepada yang perkenalkan JUS AL-WIQAYAH ini dan berkat doa umi abah saya dan semua saya kembali pulih dan ceria seperti orang lain.

GAMBAR SELEPAS PEMBEDAHAN/GAMBAR SEBELUM KULIT PEHA DITAMPAL

GAMBAR SELEPAS KULIT PEHA DITAMPAL

Penulis: NSAF

Tajuk: Kisah seorang insan yang dulunya ceria

Tarikh: 17/11/2020

Lokasi: Bachok, Kelantan

Leave a Reply