Punca Masalah Buah Pinggang

  • Post comments:0 Comments

PUNCA-PUNCA MASALAH BUAH PINGGANG

Di Malaysia setiap hari, sekurang-kurangnya 10 penduduk didiagnos mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik atau berada pada peringkat lima (teruk) dan memerlukan rawatan dialisis. Lebih menggerunkan, setiap tahun golongan pekerja iaitu mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun paling ramai mengalami masalah buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan khusus. Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.

Credit Google Images

Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Oleh itu, perlu kita sedar bahawa masalah buah pinggang ini adalah penyakit yang hadir tanpa kita sedar, maka perlulah kita ambil perhatian bahawa antara tanda-tanda awal berlaku masalah buah pinggang ini adalah :

  1. Merasa keletihan dan tidak bertenaga.
  2. Mudah hilang fokus.
  3. Hilang selera makan.
  4. Mengalami masalah tidur.
  5. Mengalami kekejangan otot pada waktu malam.
  6. Mengalami bengkak pada kaki dan sendi.
  7. Mengalami bengkak di sekeliling mata terutama pada waktu pagi.
  8. Mempunyai kulit yang kering dan gatal.
  9. Membuang air kecil yang kerap terutama pada waktu malam.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Credit Google Images

Selain itu, penyakit buah pinggang berlaku apabila buah pinggang rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Terdapat beberapa jenis kegagalan buah pinggang iaitu kegagalan buah pinggang akut (AKI)(ARD) yang berlaku apabila buah pinggang rosak secara tiba- tiba manakala kegagalan buah pinggang kronik (CKD) berlaku apabila buah pinggang beransur-ansur kehilangan fungsi dan ini berlaku dalam tempoh masa yang lama, kemungkinan akibat beberapa sebab.

Antara sebab kegagalan buah pinggang termasuk tekanan darah rendah, jangkitan kuman, saluran air kencing tersumbat akibat batu atau ubat-ubatan tertentu. Manakala punca kegagalan buah pinggang kronik pula terjadi akibat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, glomerulonephritis (kumpulan penyakit yang menyebabkan keradangan dan kerosakan ke unit penapisan buah pinggang) dan penyakit yang diwarisi seperti penyakit ginjal polikistik.

Pelbagai cara boleh diamalkan untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang kita. Antaranya:

  1. Kita dinasihatkan sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang kita.
  2. Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan aktiviti riadah 
  3. Kita perlu sentiasa mengamalkan gaya pemakanan yang sihat mengikut yang disarankan oleh pakar dietitian.
  4. Kita juga boleh mengamalkan Jus Alwiqoyah sebagai makanan tambahan yang bagus untuk buah pinggang kita sebab mengandungi Arabic Gum, Stevia, Roselle dan Vitamin C. Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Jus Alwiqoyah

Kandungan Jus Al Wiqoyah

Bagi mereka yang sudah mengalami masalah buah pinggang, sentiasa mendengar nasihat doctor dan jangan berputus asa untuk terus ikhtiar dalam mencari kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Rujukan

http://www.myhealth.gov.my/kegagalan-buah-pinggang-dan-kesan-terhadap-kehidupan-sosial-pesakit/

https://www.sinarharian.com.my/article/76335/BERITA/Nasional/Sakit-buah-pinggang-menyerang-dalam-diam

https://www.utm.my/bakes/info-pelbagai/tanda-awal-penyakit-buah-pinggang-dan-cara-mencegahny

Leave a Reply