Apakah Punca Kegagalan Buah Pinggang?

PUNCA KEGAGALAN BUAH PINGGANG

buah pinggang
Credit Gambar Google Image

End Stage Renal Failure (ESRF) merupakan kegagalan buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai penyakit kerosakan buah pinggang yang kekal. Berhadapan dengan penyakit kronik bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan memerlukan proses transisi daripada proses diagnosa kepada proses rawatan dan seterusnya pengurusan diri. 

Ketidakupayaan, kebergantungan terhadap orang lain, dan stigma masyarakat, perubahan cara hidup,kos rawatan yang mana secara tidak langsung memberikan kesan kepada perjalanan rutin harian yang biasa dilakukan. Masalah ini akan memberikan kesan kepada aspek kerohanian, psikologikal, sosial dan keluarga dan seterusnya akan mempengaruhi fizikal, emosi dan pemikiran pesakit. Punca-Punca Penyakit Buah Pinggang Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit buah pinggang tanpa mengira umur.

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding yang lain bergantung sekiranya mempunyai faktor-faktor yang berikut Penyakit kencing manis, Penyakit tekanan darah tinggi, Mempunyai sejarah keluarga penghidap masalah buah pinggang, Are Older (tua sebelum usia) / menampakkan seseorang sebelum usia sebenar. 

Pesakit kegagalan buah pinggang didapati mempunyai kualiti hidup yang rendah dan kurang memuaskan disebabkan oleh pesakit tidak dapat berfungsi secara normal dalam melaksanakan aktiviti harian mereka. Keadaan ini berlaku oleh kerana perubahan-perubahan yang berlaku disebabkan oleh penyakit dan rawatan yang perlu dijalani. Perubahan yang dialami merangkumi empat aspek utama iaitu aspek emosi dan fizikal, sosial serta sosioekonomi. 

Kesan yang besar dapat dilihat dalam perubahan gaya hidup dan kualiti hidup pesakit. Perubahan-perubahan ini juga telah memberikan limitasi terhadap pesakit untuk berfungsi secara normal dalam keluarga dan masyarakat. Perubahan yang ketara dapat dilihat daripada segi emosi apabila pesakit apabila disahkan menghidap penyakit kronik. 

Perubahan ini bukan hanya terjadi terhadap pesakit kegagalan buah pinggang tetapi juga terjadi kepada semua penghidap penyakit kronik yang lain. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu tahap penerimaan terhadap penyakit, sokongan keluarga dan kewangan.

 Pada tahap awal pesakit disahkan menghidap masalah kegagalan buah pinggang ini dimana pesakit akan mudah marah, cepat putus asa dan mudah menyalahkan keadaan. Kebimbangan pesakit terhadap kesembuhan dan lain-lain perkara penting bagi beliau membuatkan pesakit kemurungan. Perubahan daripada segi seksual membuatkan pesakit merasa rendah diri dan merasa tidak dihargai. 

Hal ini jelas berlaku terhadap pesakit dan membuatkan pesakit lebih cenderung untuk menyendiri. Perasaan mudah marah, rasa tidak dihargai, tidak berguna dan lain-lain perasaan negative lebih mudah mempengaruhi pesakit. Disamping itu juga perubahan fizikal yang lain mendatangkan rendah diri di kalangan pesakit. Secara tidak langsung, keadaan ini memberikan tekanan kepada pesakit. 

Pesakit yang mengalami tekanan didapati lebih sukar dirawat berbanding pesakit yang normal mengikut kajian terdahulu yang telah dijalankan. 

kerosakan buah pinggang
Credit Gambar Google Image

Rujukan:

http://www.myhealth.gov.my/kegagalan-buah-pinggang-dan-kesan-terhadap-kehidupan-sosial-pesakit/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!