Tahniah Jus Alwiqoyah Melebar Sayap ke Luar Negara – Sumber Metro

JUS ALWIQOYAH MELANGKAH KE LUAR NEGARA

Baru-baru ini telah masuk di dalam keratan akhbar yang bertajuk “Lebar Sayap Ke Dubai” yang mana telah menyatakan bahawa Vieura Group Sdn Bhd sedang merancang untuk memperkembangkan produk Jus Alwiqoyah ke Timur Tengah setelah Berjaya menembusi pasaran Brunei, Singapura dan Indonesia.

Jus Alwiqoyah

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Vieura Group kerana berjaya membawa Jus Alwiqoyah ke persada anatarabangsa. Semoga usaha untuk menyebarkan manfaat Jus Alwiqoyah yang ternyata membantu untuk meningkatkan kesihatan dalam diri seseorang yang beramal dengan jus ini.

Di dalam temubual pengarah bersama Bisnes Metro, beliau telah menyatakan bahawa, “Kami memilih untuk menembusi pasaran Dubai kerana terdapat rakyat Malaysia yang membuat permintaan untuk penghantaran ke sana.

“Alhamdulillah, sambutan yang kami dapat dari pasaran di luar negara amat memberangsangkan kerana pengguna mencari solusi kepada masalah kesihatan”.

Selain itu, “Produk kami juga melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), selain ujian makmal yang mengatakan produk kami bebas daripada kandungan bahan berbahaya serta tiada kandungan gula yang tinggi”.

 Menurutnya, pelanggan boleh mendapatkan produk Al-Wiqoyah dengan harga RM150 sebotol secara dalam talian serta melalui ejen berdaftar.

Selain menggunakan platform media sosial untuk pemasaran produk, Vieura Group turut melantik Mawi sebagai duta produk mereka.

Sementara itu, Vieura Group berjaya mencapai sasaran jualan sehingga 300,000 unit pada awal tahun ini.

“Jika ikutkan sasaran asal kami hanya 50,000 unit sahaja, namun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, kami dapat capai jualan lebih 80,000 unit.

“Insya-Allah pada akhir tahun ini, kami menyasarkan jualan sehingga 600,000 unit,” katanya.

Sumber Rujukan : https://www.hmetro.com.my/pks/2021/06/715624/lebar-sayap-ke-dubai

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!