Adakah Jus Alwiqoyah Bahaya kepada Pengguna?

Proses Penyembuhan (Healing Process) Jus Alwiqoyah

JUS ALWIQOYAH BAHAYA KE ?

Proses Penyembuhan
Credit Google Images

Ramai yang ingin cuba ikhtiar Jus Alwiqoyah tetapi takut akan ada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan mereka. Sebagaimana sudah diketahui orang ramai bahawa Jus Alwiqoyah adalah makanan tambahan yang mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan masalah penyakit anda .

Persoalannya ada kesan sampingan ke?

Dalam pengamalan Jus Alwiqoyah secara konsisten adalah yang terbaik bagi membantu anda untuk mengurangkan masalah penyakit anda. Biasanya peringkat awal kita mengamalkan produk kesihatan akan berlaku tindak balas atau juga disebut healing crisis.

Tindak balas ini merupakan indikator bahawa badan kita memang sudah ada masalah tertentu dan tindak balas tersebut tercetus disebabkan produk pemulihan dalam badan kita.

Hasil daripada proses pemulihan inilah yang menimbulkan rasa tidak selesa atau sakit yang disebut sebagai tindak balas atau healing crisis.

Tindak balas ini berlaku apabila tubuh badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.

Boleh rujuk penerangan Doktor Jue melalui link di bawah:

Apa itu Healing Crisis ?

Menurut ‘Hering’s Law of Cure’, Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan di mana kita akan nampak tanda-tanda seperti ada penyakit tertentu keluar.

Sekiranya badan kita 100% sihat, kemungkinan besar kita tidak akan rasa apa-apa apabila mengambil makanan kesihatan ini. Sebab itu bagi mereka yang sudah biasa makan makanan kesihatan tidak akan mengalami sebarang masalah apabila mengambilnya.

Sebenarnya tindak balas yang dialami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik.

Sebab itu anda tak perlu berasa gusar atau takut apabila timbul rasa tak selesa atau sakit ketika mengambil sebarang produk kesihatan.

Sebenarnya tindak balas yang berlaku ini merupakan tanda yang boleh memberitahu kita apakah atau bahagian badan manakah yang sedang mengalami masalah di dalam badan kita.

Adakah healing crisis sama kepada setiap orang ?

  • Jawapannya adalah TIDAK
  • Setiap orang akan mengalami proses penyembuhan yang berlainan.

Ada yang akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka ambil Jus Alwiqoyah. Ada yang akan merasai selepas satu atau dua bulan. Lebih banyak toksin didalam badan, lebih teruk krisis penyembuhan yang akan dialami. Tempoh masa yang dialami juga berbeza mungkin 2-3 hari atau 2-3 minggu. Selepas mengambil Jus ini dan mengalami healing crisis, ramai yang bertambah baik kesihatan mereka selepas berterusan pengambilan Jus Alwiqoyah.

Namun begitu dalam mengamalkan minuman Jus Kesihatan ini sekiranya MASIH TAK ADA apa-apa perubahan, sila cek semula perkara-perkara berikut :-

  • Tidak mengamalkannya dengan konsisten
  • Tidak mengikut sukatan yang disyorkan
  • Terus berhenti bila mengalami healing crisis sebab takut
  • Gaya pemakanan yang tidak sempurna
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh untuk sembuh
  • Mengalami masalah emosi dan lain-lain.

HEALING CRISIS & PENYEBAB ?

Antara tanda yang berlaku dan penyakit yang berkaitan dengannya adalah seperti berikut :

  • Keletihan, berasa mengantuk– Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah atau terlalu letih.
  • Sakit kepala, kepala terasa berat– Tekanan darah yang tinggi dan tanda-tanda detoksifikasi.
  • Demam, demam sedikit, keresahan– Metabolisma meningkat dan merangsang fungsi imun badan.
  • Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk– Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
  • Kembung, perut bergas– Sistem penghadaman yang lemah.
  • Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur– Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
  • Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair -Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
  • Hidung berdarah-Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
  • Sakit di bahagian otot dan sendi -Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
  • Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas– Proses penyembuhan semakin cepat
  • Insomnia atau hiperaktif– Sistem Saraf yang lemah
  • Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir– Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
  • Pening, lapar-Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)
  • Loya, sembelit, sedu-Sistem penghadaman lemah, masalah hati
  • Slight Edema (bengkak)– Masalah buah pinggang

CARA TERBAIK UNTUK HILANGKAN HEALING CRISIS :

  • Teruskan pengambilan Jus Alwiqoyah, di sarankan untuk mengambil 3 kali sehari (Pagi, Petang, Malam). Ambil dalam 10 mL. Sekiranya ada pengambilan ubat hospital sila jarakkan masa satu jam ke atas.
  • Mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang bersesuaian yang di nasihatkan oleh Doktor untuk mengurangkan kesan healing crisis kerana dapat membekalkan serat supaya toksin boleh dikeluarkan melalui najis.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya.

Kesimpulannya dapat kita fahami bahawa dalam proses penyembuhan pasti setiap orang akan merasai perubahan yang tersendiri bergantung kepada tubuh badan kita. Ada yang merasai tindak balas dengan pantas, ada yang tidak merasai apa-apa tindak balas, dan ada juga yang terus rasa perubahan yang positif pada diri mereka selepas konsisten mengamalkan Jus Alwiqoyah. Oleh yang demikian, tiada kesan sampingan dalam pengambilan Jus ini tetapi yang ada adalah Healing Proses yang akan dirasai oleh orang-orang yang tertentu yang mempunyai masalah dalam tubuh mereka

Rujukan

https://htnr.asia/healing-crisis-atau-tindak-balas-produk/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!