Cara Merawat Buah Pinggang Dengan Berkesan
Menjelang 2040 Pesakit Buah Pinggang Dijangka Meningkat Sehingga 106,000 Orang -Dr Noor Hisham-
Pesakit buah pinggang dijangka akan terus meningkat menjelang 2040. Menurut Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, kajian Kementerian Kesihatan Malaysia telah menunjukkan bahawa seramai 8,000 pesakit baharu penyakit itu dikesan pada 2018, dan trend terbabit turut menunjukkan peningkatan setiap tahun. Sekiranya ia berterusan, jumlah pesakit yang akan menjalani rawatan dialisis adalah seramai 106,000 orang pada tahun 2040. Perkara ini sangat membimbangkan kerana sebanyak 30 peratus daripada jumlah pesakit adalah golongan muda berusia di bawah 40 tahun yang sudah tentu akan memberi impak negatif kepada pertumbuhan sosial ekonomi negara. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang 2021 yang diadakan secara maya di laman Facebook MYBuahPinggang pada 13 Mac 2021.
Menurut Pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia iaitu Datuk Dr Zaki Morad Mohamad Zaher mendedahkan, kebanyakan pesakit yang dikesan menghidap penyakit itu ketika buah pinggang mereka telah rosak hampir 90 peratus. Kajian mendapati 61 peratus pesakit baharu yang memerlukan rawatan dialisis menghidap diabetes manakala 16 peratus lagi menghidap tekanan darah tinggi berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.
Di Malaysia setiap hari sekurang-kurangnya 10 penduduk didiagnos mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik atau berada pada peringkat lima (teruk) dan memerlukan rawatan dialisis. Lebih menggerunkan, pembunuh senyap yang tidak mempunyai penawar ini, tidak menunjukkan simptom yang jelas sehingga dianggap masalah kesihatan biasa dalam kalangan masyarakat sebelum ia dikesan sudah berada di peringkat serius. Kajian menunjukkan setiap tahun golongan pekerja iaitu mereka yang berusia 20 hingga 50 tahun paling ramai mengalami masalah buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan khusus.
Oleh itu, penting bagi kita semua untuk sedar mengenai kepentingan menjaga kesihatan dengan mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan. Hari ini kita dapati bahawa rakyat Malaysia sentiasa gemar mencuba sesuatu makanan yang baharu tanpa mempedulikan apa kandungan yang ada di dalam makanan tersebut. Ketidakcaknaan masyarakat Malaysia mengenai kandungan yang ada dalam makanan boleh menyebabkan mereka terdedah dengan masalah buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. Tambahan pula mereka yang suka makan ini gaya hidupnya hanyalah makan, tidur, dan rehat tanpa melakukan aktiviti atau senaman untuk membakar lemak dan kolestrol. Maka mereka akan lebih cepat terdedah tanpa mengira usia sama ada tua mahupun muda.
Penulis ingin mengajak para pembaca sama-sama mempunyai awareness atau kesedaran supaya kita sama-sama dapat cegah diri kita daripada penyakit buah pinggang terutamanya dengan mengambil langkah awal dengan mengambil langkah berikut :-
- Amalkan minum air kosong yang banyak dan jus epal
Air dapat melancarkan aliran darah dan membantu membersihkan buah pinggang daripada semua toksin yang terkumpul dalam badan.
Malah, kita juga digalakkan minum lebih daripada tiga hingga empat liter sehari sehari untuk kesihatan.
Jus epal yang kaya dengan Vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.
- Elakkan mengambil ubat tanpa nasihat doktor
Bahan produk khasiat tambahan yang mengandungi bahan kimia seperti raksa, pengawet, warna dan perisa tiruan adalah antara unsur yang boleh mengakibatkan sistem pada buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik.
Bahan kimia ini boleh beri tekanan kepada organ berkenaan untuk bekerja keras, sekali gus menggugat kemampuan berfungsi dengan baik yang akhirnya berlaku kerosakan kronik.
- Kawal makanan tinggi gula dan garam
Gula berlebihan boleh akibatkan obesiti, sekali gus meningkatkan risiko penyakit buah pinggang.
Garam yang berlebihan dalam tubuh berpotensi mempercepatkan pembentukan batu buah pinggang.
- Jadikan ikan sebagai diet harian
Ikan jenis memiliki kandungan asid Omega-3 dapat mengurangkan paras trigliserid seterusnya boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung.
Ia juga mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (GDL).
- Kurangkan makanan protein
Protein adalah nutrisi penting untuk memberi tenaga.
Bagaimanapun, pengambilan makanan yang memiliki protein tinggi seperti daging secara berlebihan boleh membebankan buah pinggang.
- Elakkan merokok
Seperti kita ketahui rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang memberi kesan kepada kesihatan badan termasuk buah pinggang.
Tabiat buruk ini boleh mengurangkan aliran darah ke buah pinggang, sekali gus mengurangkan fungsi organ itu.
- Sering bersenam dan hidup aktif
Aktiviti ini dapat membantu mengekalkan tekanan darah normal dan memban
tu mengawal kandungan gula darah, sekali gus kurangkan risiko kencing manis serta tekanan darah tinggi yang mampu mencegah risiko penyakit buah pinggang kronik.
- Jalani pemeriksaan secara berkala
Pemeriksaan awal buah pinggang sekurang-kurangnya setahun sekali dapat membantu mencegah penyakit ini menjadi lebih serius.
Jangan ambil mudah terhadap simptom awal masalah buah pinggang dan segera berjumpa doktor.
Perlu diingat, kebanyakan dalam masyarakat kita hanya menyedari menghidap penyakit buah pinggang ketika sudah berada di peringkat serius.
- Amalkan minum Jus Alwiqoyah
Jus Alwiqoyah mengandungi Arabic Gum, Stevia, Roselle dan Vitamin C yang bagus untuk buah pinggang.
Berikut adalah lampiran kandungan Jus Alwiqoyah yang bebas dari unsur yang boleh mengakibatkan sistem pada buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik:
Info lanjut berkenaan kandungan Jus Alwiqoyah, boleh klik SINI
RUJUKAN
https://www.hmetro.com.my/WM/2020/10/628136/jaga-kesihatan-buah-pinggang