Adakah Jus Alwiqoyah Mempunyai KKM?

JUS ALWIQOYAH ADALAH MINUMAN TAMBAHAN BUKAN UBAT

Jus Alwiqoyah adalah jus yang telah didaftarkan di bawah kategori akta makanan. Hal ini kerana produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Tambahan pula, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walaubagaimanapun, produk makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Jus Alwiqoyah hanyalah sekadar minuman tambahan yang mengandungi khasiatnya tersendiri dan sesuai untuk diikhtiar oleh semua orang yang sedang mencari ikhtiar bagi mengurangkan masalah penyakit yang dialami oleh seseorang.

          Selain itu, sebagai makluman tambahan ingin saya menyatakan bahawa Jus ini sesuai untuk diamalkan oleh setiap orang yang mengalami masalah buah pinggang, darah tinggi, kencing manis dan gout. Namun begitu, ingin saya ingatkan bahawa Jus ini adalah jus untuk anda ikhtiar, untuk sembuh itu adalah berita gembira buat kami. Tetapi ingin  saya bagi peringatan kepada mereka yang ingin ikhtiar beramal dengan Jus Alwiqoyah, jus ini bukanlah ubat tetapi hanya minuman tambahan untuk anda. Berikut saya lampirkan dokumen yang membuktikan Jus Alwiqoyah di bawah kategori makanan tambahan :-

          Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah kesihatan. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hanya berkuasa mengawal pendaftaran produk farmaseutikal dan kosmetik. Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan. Secara umumnya, penggunaan sebarang produk makanan atau penjagaan diri lazimnya bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri.

          Jadi bagaimana nak bezakan antara produk makanan tidak perlu berdaftar dengan KKM dan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan KKM?

Secara umumnya ada beberapa point yang boleh difikirkan untuk membezakan antara kedua-dua jenis produk tersebut.

  1. Apa-apa produk dalam bentuk dosej farmaseutikal seperti kapsul, tablet, sofgel, cecair(sirap), semburan, titis, sapuan, suntikan, suppository, pessary dan lain-lain lagi perlu berdaftar dengan KKM. Sebagai contoh, minyak zaitun yang dikapsulkan perlu berdaftar dengan KKM tetapi minyak zaitun untuk memasak tidak perlu berdaftar dengan KKM.
  2. Apa-apa produk yang mempunyai tuntutan perubatan pada packaging atau leaflet perlu berdaftar dengan KKM. Sebagai contoh minyak zaitun yang mempunyai tuntutan perubatan seperti digunakan secara tradisional untuk kesihatan umum atau sekian-sekian perlu berdaftar dengan KKM walaupun dalam bentuk cecair dan tidak dikapsulkan tetapi minyak zaitun untuk memasak tanpa sebarang tuntutan perubatan tidak perlu berdaftar dengan KKM walaupun bentuk mereka sama iaitu cecair.
  3. Apa-apa produk yang mengandungi campuran bahan aktif, bahan herba, nutrient dan lain-lain perlu berdaftar dengan KKM manakala produk yang hanya mempunyai bahan makanan tidak perlu.
  4. Apa-apa produk yang mengandungi kandungan daripada senarai “Negative List For Food” perlu berdaftar dengan KKM sebagai produk kesihatan dan tidak akan dikelaskan sebagai produk makanan tanpa mengira bagaimana bentuk produk tersebut. Sebagai contoh antara yang terkenal adalah mutiara, gamat, glutathione, hyaluronic acid dan sebagainya.
  5. Produk makanan tidak boleh diiklankan atau dipromosikan dapat merawat dan menyembuhkan penyakit. Produk kesihatan pula boleh diikalankan atau dipromosikan dengan tuntutan perubatan TETAPI sesuai dengan kegunaan produk tersebut dan tidak melanggar guideline pengiklanan dan mendapat kebenaran Lembaga Iklan Ubat.

Kesimpulannya, sebagaimana sedia maklum bahawa Jus Alwiqoyah merupakan minuman campuran roselle dan arabic gum yang merupakan bahan makanan yang mana beratnya atau isi padunya adalah sebanyak 500 ml. Berikut dilampirkan bukti bahan kandungan Jus Alwiqoyah yang mana ramuannya berasaskan sumber tumbuhan, kimia gred makanan dan semulajadi.

Datasheet safety yang menunjukkan Jus Alwiqoyah selamat digunakan dan boleh dieksport ke luar negara
Safety Datasheet untuk Pemakanan
Nutrisi Jus Alwiqoyah

*Disclamer:
Jus Alwiqoyah bukan ubat dan ia adalah minuman tambahan sahaja. Disarankan untuk meminta nasihat doktor atau pakar kesihatan sebelum mengamalkan jus ini (terutama yang mempunyai masalah penyakit kronik). Dan tuan puan masih perlu menjaga pemakanan untuk mendapat kesihatan yang baik

Rujukan:

https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/soalan-lazim/adakah-produk-minuman-makanan-kesihatan-bertujuan-pelangsingan-badan-berdaftar-dengan-kkm.html-0

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!